Doktor boleh datang ke rumah untuk pemeriksaan dan penjagaan pesakit yang sukar bergerak.
Perjalanan ke klinik menyukarkan pesakit dan keluarga yang menjaganya.
Ujian darah boleh diatur semasa lawatan doktor.
Penggantian tiub boleh dibuat di rumah untuk pesakit yang menggunakannya.
Housecall bukan perkhidmatan kecemasan. Jika pesakit sesak nafas, sakit dada, tidak sedarkan diri atau keadaannya merosot dengan cepat, hubungi 999 atau pergi ke hospital terdekat dengan segera. Hubungi 999
Isi borang ringkas. Mesej WhatsApp sudah siap ditaip untuk anda hantar.
Staf bertanya alamat dan keadaan pesakit, kemudian mengesahkan masa dan caj.
Doktor memeriksa pesakit dan menerangkan pilihan rawatan kepada keluarga.
"Bermula" bermaksud harga minimum. Caj asas meliputi radius 5 km. Staf akan mengesahkan jumlah caj sebelum lawatan.
| Caj asas housecall (radius 5 km) | Bermula RM100 |
| Ujian darah | Bermula RM80 |
| Penggantian tiub Ryles (feeding tube) | RM70 |
| Penggantian tiub kateter | RM70 |
Doktor menilai keadaan pesakit semasa lawatan. Jika pesakit perlukan pemeriksaan lanjut atau rawatan di hospital, doktor akan menerangkannya kepada keluarga.
Doktor Klinik
MBBS, International Medical University (IMU)
9+ tahun dalam bidang kesihatanSpecial interest dalam
"Service yang bagus dri klinik ini.. Pertama kali datang akak yg dkt kaunter sgt peramah, melayan segala pertanyaan dgn baik.. Doktor pula sgt cekap dan teliti. Penerangan yg tuntas dan mudah difahami.. Klinik pilihan di jengka tiada yang lain.."
Ahmad Zainollah Achmad"Servis terbaik dengan doktor y cukup teliti ketika merawat pesakit...Sy cukup gembira Dan sangat berpuas hati."
haikal hykalTiada sistem tempahan automatik. Borang ini menyusun maklumat anda menjadi satu mesej WhatsApp, staf klinik akan sahkan slot dengan anda.
Tiga maklumat sahaja. Tiada pendaftaran akaun.
Mesej sudah siap ditaip. Anda cuma tekan hantar.
Kami balas untuk sahkan tarikh dan masa sebenar.
Staf akan bertanya alamat dan keadaan pesakit melalui WhatsApp. Alamat di luar radius 5 km? Beritahu staf dalam mesej anda. Nak bercakap dahulu? Hubungi kami di 013 900 4775.
Pesakit yang sukar bergerak atau sukar dibawa ke klinik. Terangkan keadaan pesakit kepada staf semasa membuat tempahan.
Caj asas bermula RM100 untuk radius 5 km. Ujian atau prosedur lain mengikut senarai harga, dan staf akan mengesahkan jumlah caj sebelum lawatan.
Boleh. Penggantian tiub Ryles dan tiub kateter masing-masing RM70.
Boleh. Isi nama pesakit dalam borang dan hantar melalui WhatsApp anda. Staf akan berhubung dengan anda.
Tidak. Untuk kecemasan, hubungi 999 atau pergi ke hospital terdekat.
Isi borang ringkas, atau hubungi klinik untuk berbincang dahulu.
Isi ringkas, staf sahkan melalui WhatsApp.
Nak tanya sahaja? Chat terus tanpa borang